Risau
Dalam kusut yang
Menyerabutkan
Demi sesuatu
Yang tak dinampak
Walau terang
Diterangi
Dicari
Tak mungkin terjumpa.
Dalam kusut yang
Menyerabutkan
Demi sesuatu
Yang tak dinampak
Walau terang
Diterangi
Dicari
Tak mungkin terjumpa.
Risau
Dalam takut yang
Merenggut
Hingga melukut
Sedang ia
Masih lagi
Membarut boyot
Tak terusik untuk
Ke maslahatan
Hakiki duniawi
Yang kau yakini.
Dalam takut yang
Merenggut
Hingga melukut
Sedang ia
Masih lagi
Membarut boyot
Tak terusik untuk
Ke maslahatan
Hakiki duniawi
Yang kau yakini.
Risau
Itu jua yang kau
Taburkan
Demi sesuap
Nafas tak
Mahu dipenggal
Keazaman yang
Dibulatkan
Mana tahu
Akan datang menerus
Hingga putus
Segala penghakiman
Jauh terperosok
Hingga tak berani
Terus mengangguk
Jauh dari membusung.
Itu jua yang kau
Taburkan
Demi sesuap
Nafas tak
Mahu dipenggal
Keazaman yang
Dibulatkan
Mana tahu
Akan datang menerus
Hingga putus
Segala penghakiman
Jauh terperosok
Hingga tak berani
Terus mengangguk
Jauh dari membusung.
Apa lagi
Yang kau takut
Kehilangan
Hingga risau
Tak berpadan
Takut pada
Tuhan?
Yang kau takut
Kehilangan
Hingga risau
Tak berpadan
Takut pada
Tuhan?
Kampung Kerinchi
Bangsar
10 Oktober 2013