Nuffnang

Penaja

Khamis, 3 Oktober 2013

Menjadi Seorang Ayah, Bagaimana Rasanya Pengalaman Anda?


Assalamualaikum w.b.t


 Pengalaman setelah dikurnia seorang cahaya mata pertama. Sewaktu isteriku bertarung nyawa untuk melahirkan, aku turut serta bertarung dengan keserabutan, kerisauan yang maha hebat. Selepas kelahiran, sujud syukur dan zikir takjub dengan kemurahan hati Allah S.W.T tak henti-henti aku lafazkan. Dan sekarang, tanggungjawab yang semakin memberat untuk dikendong perlu dijalankan seikhlas mungkin. Untuk keluarga dan yang paling penting, untuk menunjukkan rasa syukur terima kasih pada tuhan sekelian alam.



Akhirnya telah merasai sendiri bagaimana risaunya seorang ayah, kalutnya seorang ayah dan kasihnya seorang ayah demi untuk membesarkan anugerah pengerat rumahtangga agar menjadi insan yang berguna. Anda pula bagaimana? Coretlah sedikit perkongsian pengalaman dan teguran untuk seorang ayah yang baharu merangkul gelaran.

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
02 Oktober 2013



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis