Nuffnang

Penaja

Selasa, 8 Oktober 2013

Jangan Dipandang Rendah Orang Lain


Assalamualaikum w.b.t

 Apabila berbicara tentang keupayaan seseorang, yang diukur semestinya tentang ilmunya dan juga pengalamannya. Dalam dunia perkerjaan, pengalaman amat dititik beratkan kerana ilmu hanya sekadar untuk dipelajari dan ditekuni tetapi pengalaman perlu ditimba dan dirasai bagaimana ia berfungsi sewajarnya.


 Walaupun kita berjawatan tinggi mahupun berkedudukan tinggi, jangan kita memandang rendah pihak yang dianggap bawahan yang pengalamannya lebih banyak dari kita. Kerana belum rezeki mereka berada di tempat yang lebih tinggi dari kita. Kelak apabila berlaku sesuatu yang di luar duga, mereka inilah yang paling tenang menghadapinya disebabkan kapasitinya yang berpengalaman dari kita.

 Justeru itu, jika anda tinggi ilmu, tinggi jawatan, duduklah sama rendah dengan mereka yang lebih jauh berpengalaman dari anda kerana pengalaman yang dititip sehari-hari adalah ilmu yang tak dapat dipelajari dari silibus pengajaran di kampus mahupun di mana sahaja. Dan yang paling pasti tinggi ilmu pasti juga tinggi budi pekertinya. Tidakkah anda?

Sekian,
Wassalam.



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis