Nuffnang

Penaja

Isnin, 21 Oktober 2013

Bila Nanti


Apa yang dicari
Belum pasti
Akan ditemui
Dinikmati
Jauh sekali
Untuk difahami.

Apa yang dimiliki
Belum pasti
Akan kekal abadi
 Walau ada di sisi
Terlepas nanti
Jangan sesekali
Menggigit jari.

Segalanya ini
Walau mungkin pasti
Jangan sesekali
Bergoyang kaki
Usaha yang berhari-hari
Musnah punah jua nanti
Apabila kita sendiri
Melepaskan ia pergi
Tak dijaga sepenuh hati.

Meraung tiada guna lagi
Usahalah sekali lagi
Dari termenung seorang diri
Boleh gila nanti
Ketawa seorang diri
Sekeliling kelak melari diri
Tak mahu hampiri.

Bila nanti,
Bagai akan berjaya sekali lagi
Tahukah bagaimana menjagai
Agar tak terlepas lagi?

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
21 Oktober 2013




Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis