Apabila sudah mempunyai tanggungjawab, jarang sekali berkesempatan menemui rakan-rakan yang dahulunya berangan memasang mimpi. Sedari kami mula mengenali di waktu persekolahan menengah sehingga kini, kami masih lagi kerap berhubung. Dan apabila punya peluang untuk bertemu, berat amat untuk tidak memenuhinya.
Komik daripada Rizaru
Apabila berjumpa acap kali helai tawa menggegarkan sekitar meja makan atau di mana sahaja kami bertemu. Begitulah kami. Sambil mengenang kembali masa yang telah berlalu sambil mengusik apa yang sahaja terlintas di fikiran.
Inilah kisah kami. Kisah pahit manis setelah masa senggang membatasi untuk kami kerap bertemu. Dan apabila peluang itu ada, amat berat untuk melepaskan detik kenangan ketika itu.
Semoga hubungan kami sentiasa kukuh.
Sekian,
Wassalam.