Nuffnang

Penaja

Rabu, 23 Oktober 2013

Adakah Tangisan Bayi Menyebabkan Anda Tertekan?


Assalamualaikum w.b.t

 Pernahkan anda terasa bahawa tangisan bayi anda membuatkan anda tertekan? Mungkin ada dikalangan anda pernah mengalaminya tika saat pengalaman anak pertama.

 Diri ini sendiri pernah merasainya. Secara jujurnya, tatkala si kecil menangis membuatkan jiwa ini resah. Bingit dan tak menyelesakan. Ingin sahaja melarikan diri. Lari dari ketidaktenteraman ini. Namun, setelah berminggu akhirnya jiwa meronta ini dapat ditenteramkan.


 Memang, siapa sahaja apabila terdengar jerit tangis anak kecil yang masih belum tahu berbicara pasti akan mengalami tekanan. Tetapi, setelah si kecil diselidiki apa yang tidak menyelesakan pantas sahaja mengukir senyum di waktu tidurnya. Saat inilah, penat letih bagaimanapun diri ini segalanya luntur begitu sahaja. Akan terbitlah bibit cinta dan sayang yang sangat mendalam.

 Kepada yang bakal menjadi ayah, bersabarlah. Kerana kita lelaki agak payah ikatan sayang antara anak terjalin mesra. Setelah pengorbanan kita laksanakan dan perlahan-lahan mengerti apa ertinya tanggungjawab terhadap anugerah Tuhan Yang Maha Kaya, nescaya anak yang pertama kali dirasakan amat membebankan jiwa ini akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang tak mampu untuk direnggangkan sesaat.

Sekian,
Wassalam.



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis