Nuffnang

Penaja

Khamis, 31 Oktober 2013

Didih Amarah


Pabila aku
Diserkup
Amarah
Aku bukan aku lagi
Yang tinggal
Hati yang
Tiada fungsi
Kerana nafsu menguasai
Diamuk
Sana sini
Pabila sedar
Tangan digari
Kaki dikunci
Hidup tak bermakna lagi.

Pabila aku
Diterjah amarah
Aku bukan aku lagi
Yang tinggal
Akal yang
Tiada fungsi
Kerana tewas dalam
Gelora nafsu
Menguasai
Yang benar walau salah
Yang salah walau benar
Tak dipeduli lagi
Hanya tahu
Menggonggong sisa-sisa
Hidup berakal
Sebelum ditembak mati.

Pabila aku
Bukan aku lagi
Amarah menduduki
Diri lemah dipandui
Walau tahu perit nanti
Walau tahu sakit nanti
Walau tahu sesal nanti
Kerana jiwa tak
Dipagari iman ampuh
Dijauhi rakus rapuh
Direlakan
Untuk dicelakakan!
Untuk dijahanamkan!
Oleh didih amarah!
Selamanya.

Kampung Sungai Sekamat
Kajang
31 Oktober 2013


Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis