Apa yang telah
Kau janjikan
Sedari mula
Kau
Mula mendaki
Dari tapak
Paling setaraf
Hingga
Ke puncak
Paling berdarjat.
Bakarkan sahaja
Kertas-kertas
Kenangan
Coretan pengalaman
Manis pahitnya
Sewaktu kauMula mengensot
Dari sudut tersorok
Hingga
Ke sudut mendedahkan.
Bunuhkan sahaja
Siulan yang menyialkan
Sesat
Dari belukar janji-janji
Semanis racun
Yang mencengkam
Erat kehidupan
Kononnya
Melekap hanya menumpang
Dalam senyap
Menyerap
Hingga reputnya
Tak sedar
Kematian.
Apa-apakan sahaja
Asal jangan terus
Didiamkan
Kerana yang itu
Lebih afdalnya
Dari
Tersampuk
Meroyan sesal
Pabila tersedar dari
Dibebal menyusahkan!
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
19 Oktober 2013