Nuffnang

Penaja

Isnin, 21 Oktober 2013

Mengapa Menanam Padi Tumbuhnya Lalang?

Assalamualaikum w.b.t

 Mengapa terjadi apa yang kita lakukan terkadang hasilnya langsung tidak menyamai apa yang diharapkan dan tidak mencerminkan apa yang diusahakan. Terkadang pula ada juga yang diusaha dan diharapkan sesuatu yang lain tetapi bercambah sesuatu yang berlainan tetapi masih boleh dinikmati hasilnya. Tidakkah anda juga mengalami apa yang dikalamkan ini?

 Ya, seringkali kita melakukan sesuatu hasilnya tidak menentu. Ada yang berjaya dan ada tidak. Adakah faktor sial dan sebagainya mempengaruhi? Sial atau tidak, sesuatu yang berlaku pasti akan ada hikmahnya yang tersurat mahupun tersirat.


 Kita sebagai makhluk yang lemah, jangan sesekali menyalahkan takdir mahupun menyalah tafsir apa yang berlaku pada kita sebagai sesuatu yang merugikan setelah berhempas pulas berusaha. Sentiasalah berfikiran positif. Mengambil seketika ketenangan dengan memikirkan setiap yang berlaku. Pasti anda akan menemui jawapannya walau bukan secara terus atau dalam masa terdekat. Jangan sentiasa dipengaruhi dengan emosi yang tak menentu apatah lagi dalam keadaan amarah yang membuak-buak. Yakinlah pada Yang Maha Berkuasa yang lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita. Kerana, setiap dari kita mempunyai kelebihan dan telah dijanjikan dengan rezki yang telah ditetapkan.

 Memang, setelah berusaha di bendang menanti benih padi bercambah untuk dituai tetapi hasilnya hanya sebendang lalang amat pahit ditelan hakikatnya. Muhasabahlah diri sendiri apa yang telah kita laksana dan usahakan. Jangan sesekali berdendam dengan takdir yang telah pun ternanti di masa-masa hadapan. Yakinlah. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kunci kepada kejayaan. Jika gagal, ambillah ia sebagai pengajaran. Sekiranya keyakinan mulai goyah dan mungkin runtuh sepenuhnya, kembalikan segala urusan kepada Tuhan Yang Maha Pengasih. Pasti anda akan mendapat jawapannya nanti.

Sekian,
Wassalam.


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis