Nuffnang

Penaja

Khamis, 24 Oktober 2013

Ini Hanyalah Cubaan


Cubaan yang
Pertama
Tiada makna
Gerak jiwa
Langsung tak
Tercabar
Kerna
Teguhnya dipasak
Tak mudah
Dibadai ombak.

Cubaan Yang
Kedua
Juga tiada
Bermakna
Cumanya
Setelah diulang
Cabar dalam
Diam
Walau disediakan
Namun tetap
Mulai terusik
Goyang.

Cubaan yang
Ketiga
Mulanya
Pincang
Amuk jiwa tak
Mahu diganggu
Mulai bangkit
Namun
Tak menunjuk taring
Cuma kilasnya
Sedikit
Melantun
Di balik jiwa
Yang sakit.

Cubaan yang
Keempat
Mulai tumbang
Jiwa kecamuk
Semakin terbelit
Dengan
Halwa marah
Tak berbendung
Lantas akal
Mati
Jiwa tenang
Melayang
Dan
Taringnya
Mulai menjengkel
Tak keruan
Mencari siapa
Mencari apa
Perlu ditebus
Nyawa
Setelah berani
Mengejut marah purba.

Cubaan yang
Kelima,
Langsung
Rebah
Tiada lagi
Logika
Tak mahu lagi
Tenang suaka
Yang mahu
Cuma
Merampas
Yang bukan miliknya
 Habis dilanda
Tak mungkin
Kembali tenangnya.

Ini hanyalah
Cubaan
Dalam
Melintas
Garis-garis usia.

Siapa yang terlepas
Tak selamanya
Siapa yang dilepas
Sentiasa
Berjaga-jaga
Kerana
Laut hidup
Yang tak
Nampak
Mana pulau
Mana pantainya
Sering amat
Dilanda taufan.

Yang perlu cuma
Hanya
Sedia.

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
23 Oktober 2013

 

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis