Nuffnang

Penaja

Selasa, 1 Oktober 2013

Malam Sunyi


Tatkala
Malam begitu sunyi
Aku masih
Tercari-cari
Ke mana perginya
Rajuk hati ini
Yang sejak dari pagi
Tak mahu alah
Dengan
Silih berganti
Risau
Rindu
Dendam
Yang membolak balik
Akal fikir
Untuk tenang seketika
Agar cermat laku jiwa.
Sejak dari
Terbenamnya mentari
Hilang segalanya
Rasa perit
Sendi yang terikat
Utuh kembali
Untuk kekal berdiri
Tak goyah lagi
Dengan
Bermacam cuitan
Laga sunyi
Yang memeritkan
Lagi mengilukan.
Mengapa?
 Aku masih belum pasti.

Kampung Melayu Subang
29 September 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis