Nuffnang

Penaja

Isnin, 14 Oktober 2013

Masih Menanti Jawapan


Masih menanti jawapan
Setelah jiwa
Ini terbeban
Dengan remuk redan
Nyawa tak berhaluan
Hingga ke puncak
Tak tertahan.

Masih menanti jawapan
Bukan sekadar
Alasan
Penyedap badan
Dengan kata
Angan-angan
Yang jauh dari
Masa berputaran.

Masih menanti jawapan
Simpuh tegap
Dibadai taufan
Tegar aku
Menanti menahan
Kerana
Aku tidak pasti lagi
Ke mana haluan
Ke mana panduan
Untuk aku menyeberang
Ke damai peraduan.

Masih menanti jawapan
Hidup enggan
Bersalut alasan
Kepompong kehidupan
Yang lama ditinggalkan
Di mamah perlahan-lahan
Mengharap kasih
Yang benar berpanjangan
Setelah terasa
Hilangnya berputusan.

Masih menanti jawapan
Untuk diteruskan
Atau
Untuk ditumbangkan.

Jiwa ini
Menagih ihsan...
Di bawah
Lembayung Tuhan?
Atau
Di dalam
Cengkaman setan?

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
14 Oktober 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis