Nuffnang

Penaja

Khamis, 3 Oktober 2013

Sanggupkah Anda Berkorban Demi Yang Tersayang?


Assalamualaikum w.b.t

 Sejenak kita bingkas dari mati sementara, panjatkan syukur pada ilahi yang mana dengan murah hati-Nya telah memanjangkan umur kita untuk kita meneruskan perjalanan di dalam dunia yang fana ini. Alhamdulillah.

 Terpanggil mencoretkan detik pengalaman semalam yang masih terbuku rapat kerna tak mahu menyinggung perasaan khalayak. Hanya sekadar ingin berkongsi kisah agar menjadi sesuatu yang berguna sahaja.

 Pernahkah anda melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kebahayaan kepada diri sendiri demi insan yang amat disayangi? Pernahkah anda terfikir, yang setiap pengorbanan demi keselesaan insan tersayang walau mendatangkan bahaya pada diri sendiri yang akhirnya mungkin tak mendatangkan faedah kemudian hari? Mengapa kita masih melakukannya sedang kita tidak pasti keberuntungannya? Adakah terpaksa atau benar ikhlas?



 Itulah yang telah dilakukan kita tanpa banyak bicara. Tanpa banyak memikirkannya. Demi keselesaan insan yang kita sayangi kita sanggup berkorban. Apatah lagi sebagai seorang suami, sebagai seorang ayah yang punya tanggungjawab yang dipikul. Dan kita tak pernah menyesal untuk terus melakukannya walau kelak diri kita sendiri menangis sendu kemudiannya.

 Diri ini tertanya-tanya. Mengapa? Pernahkah  anda melakukan perkara yang sama? Pernahkah anda menyesal kemudiannya? Jika tak keberatan untuk dikongsi bersama untuk menceritakan.

Kampung Melayu Subang
03 Oktober 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis