Nuffnang

Penaja

Jumaat, 24 Januari 2014

Suara Seni Baharu

Gambar Hiasan
 
Suara seni baharu
Tampak seksi
Beralun seni?
Mana isi?
Sepi..
Tiada erti
Cuma kocaknya
Seperti air kopi
Pahit tak terjamah
Kelat tak bercambah.

Suara seni baharu
Lagak gagah
Kosong perdu
Berakar kecut
Kembang kuncupnya
Mati tak mahu
Hanya tahu
Menempek
Menempel
 Langkahnya maju
Tak mahu
Tergetar suaranya sahaja
Sayup-sayup.

Suara seni baharu
Mana akarnya
Mana pucuknya
Mana gugurnya
Mana buahnya
Mana tuannya?
 
Tiada.

Bukan anti aksi
Mahu memangkas kondusi
Apatah lagi memati seni
Tetapi,
Dalam meranum
Bahasa bangsa
Jangan diberi malu
Kusutnya
Ilmu
Jangan digumam
Fasihnya tika bertemu.

Yang pasti,
Suara seni baharu
Perlu berani
Mendepangi
Makna mandiri
Di tengah
Pentas seni ini.
 
Kerana,
Aku tetap dengan alir
Arus seni ku
Kau tetap dengan gelombang
Deras seni mu
Sama-sama beriteraksi
Sama-sama beraksi
Sama-sama mati
Di tengah beradu
Makna siapa yang peduli.

Tasik Damai
Sungai Besi
24 Januari 2014


Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis