Nuffnang

Penaja

Jumaat, 5 Julai 2013

Api Yang Menyala (Untuk Saudaraku di Mesir)


Dalam sekam
Api yang menyala,
Membara
Mencari mana tuan
Membakar semahu
Tak hirau apa yang
Dilalu
Mangsa kecil dan besar
Serakus mahu..

Api yang menyala
Punca yang
Telah hangus
Berpatah pun arangnya
Tetap berlalu
Pantas tinggal berbara.

Rakus tetap
Tak peduli
Tak sedar diri
Yang menyala kecil cuma
Kesan tak terserlah
Berbekas tidak
Hujung habis punca
Akan padam jua.

Cuma kita
Jangan diam
Melawan walau
Hanya mampu
Berbisik!

Kampung Melayu Subang
05 Jun 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis