Sejak dari
Lampau
Menanti
Janji untuk
Dipenuhi.
Moyang kami
Berjuang
Menuntut
Untuk haknya
Yang perjanjian
Telah dimungkiri
Janji yang telah kau
Bawa lari.
Sekarang
Tanggungjawab
Pada cicitnya
Menuntut
Kerana moyang kami
Dahulu
Lembut menuntut
Melukut
Tak seperti
Kami cicitnya sekarang
Telah lama
Hilang budi pekerti
Tiada lagi
Jati diri
Dibuang adab bestari
Semua ini
Mengapa?
Kerana selama
Berlembut
Yang diatas takkan
Mahu menunduk
Yang dibawahnya
Dipijak selumat remuk.
Demi
Tanah yang dijanjikan
Kami tuntut kembali
Seperti
Moyang kami
Yang dulunya kau
Mungkiri janji
Sekarang
Tidak lagi
Kamilah pengganti
Hingga ke titis
Nyawa yang terakhir
Takkan dihenti
Andai tercerai
Masih ada yang
Akan mengganti
Menggegar
Menuntut janji
Lebih hebat dari kami
Sekiranya kau
Terus mungkiri.
Ingat!
Janji yang kau mungkiri
Walau moyang kami
Telah lama menyepi
Masih ada
Berterus generasi
Akan menghentak
Belakang badanmu
Ke bumi!
Melunaskan janji
Yang berkurun kau
Mungkiri!
Ini janji kami
Yang pasti!
Kampung Melayu Subang
22 Julai 2013