Berkurun rasanya
Aku tercampak
Ke dunia gelita ini
Buta pandangan
Buta perbuatan
Entah sejak bila
Aku berada di sini
Sejak mulakah?
Atau aku
Yang berkehendakkannya?
Dunia gelita
Tanpa pancaindera
Berdiri memasung diri
Berbaring pun tak dirasai
Bagai menunggu mati
Atau ada yang perlu
Ku nanti?
Dunia gelita
Merindu
Segala
Berbaki masa entah bila.
Kampung Melayu Subang
30 Julai 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan