Nyamuk tak bersalah?
Usah dikerutkan dahi
Sebegitu rupa
Saudara saudari,
Ini perkara
Benar terjadi
Mungkin dalam
Sedar separuh khayalnya
Terkeluar
Segala
Kalut jiwa
Atau
Bodohan belaka.
Nyamuk tak bersalah?
Akal pendek yang
Bergerak nakal
Akan pantas
Berhamburan
Hilai tawa
Bukan tahu pun
Menilai intan permata
Melihat dari luar kulit
Tak mampu membedah
Apa yang terpampang
Itu sahaja nilainya.
Nyamuk tak bersalah?
Memang,
Nyamuk tak bersalah
Hanya orang
Yang gila
Hilang warasnya
Marahkan nyamuk
Kerana tiada
Ia tahu
Apa gunanya
Untuk
Berkelambu.
Kampung Melayu Subang
28 Julai 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan