Nuffnang

Penaja

Jumaat, 6 Disember 2013

Baharu Terasa


Tika masih lagi
Tersia-sia
Di luar lingkaran aman
Peraduan tersesak
Manisnya bicara
Eloknya adab
Terujanya sopan
Menanti dipungut
Dari tepian basahan
Ke tengah lompong
Kekeringan
Menagih simpati dari
Diragut sapu angin
Yang sentiasa mendatang.

Di luar
Terbias cahaya
Tertempias lembap
Di dalam yang diidam
Terselindung soroknya
Dari segala celaka.

Diupayakan
Perilaku mengikut telunjuk
Suapan paling cermat
Untuk menggenggam apa
Yang diidam-idam.

Dan sesudah
Selesa mencakupi
Ketidakupayaan lalu
Memandang jua tak mahu?

Memang sedari mula
Telah dikhabar
Sisi gelap yang
Tak mahu dipercayakan
Dan sesudah
Terkena tempelan hikmah
Bahana tak kenang kedaifan
Baharu tersedar
Yang dipacu siapa?
Yang dipandu siapa?

Terkial-kiallah semula
Merenggut apa
Yang sewajarnya
Tak dipungut
Sesudah habis
Ikhtiar mencari pedoman.
Baru tahu
Yang dipandang jelik
Selama ini
Belum tentu menyukar
Yang dipandang mulia
Belum tentu memudah.

Padankanlah
Dengan ragam segala!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
05 Disember 2013

 

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis