Nuffnang

Penaja

Sabtu, 14 Disember 2013

Yang Dikata


Gambar Hiasan

Yang dikata
Terluah
Ikhlas menggagahkan
Kesucian perjalanan
Kerohanian
Walau bisanya
Payah alah tegal
Untuk dibiasakan.

Dan kau
Masih teguh berdiri
Menahan saki baki
Pukulan demi pukulan
Yang tak membawa mati
Untuk sama
Dibalasi
Bila tiba gilirannya nanti.

Yang dikata
Diluahkan
Cerminan
Apa yang telah dan akan
Dilaksanakan
Bukan untuk sengaja
Dibinasakan
Tanpa ada sedikit
Prejudis menggatal
Menggoyahkan keyakinan
Yang selama ini
Tinggi tegaknya
Tak tertahan.

Dan kita
Harus berani
Mengambil giliran memusarkan
Apa sahaja yang mendatang
Menjadi sumber
Untuk dipasakkan
ke dalam sanubari
Yang telah terhasut
Dengan abu amarah
Sebelum terbakar hangus
Tak bertinggalan
Jejak-jejak
Kehidupan.

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
14 Disember 2013


Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis