Nuffnang

Penaja

Rabu, 4 Disember 2013

Hujan


Hujan ini
Menyentap
Rasa teruja
Yang membuak
Tertahan selama ini.

Memutuskan nafsu usaha
Untuk mengumpul daya upaya
Menggenggam segala
Yang diinginkan.

Dan
Hujan yang memang
Degil tak mahu juga
Berhenti ini
Telah menutup serapatnya
Untuk memberi ruang
Menyerap bahang mentari
Sehari-hari
Untuk segerak
Serentak
Dengan apa yang dirancang.

Namun,
Apabila berganti
Panas meradang
Menyiat-siat kulit kepala
Kita juga yang
Tak mengingin
Tika hujan mencurah
Menghentikan jua apa
Yang perlu digerak.

Kenapa?

Apa yang tercurah
Apa yang terdedah
Kita tetap juga memberi
Alasan demi alasan
Untuk terus melaku ubah
Tentang hidup
Tentang mati.
Hidup beralas
Hidup bermalas
Di kejiranan kesusahan
Terus tinggal menetap
Dan pabila
Tersepit perit
Di salahkan pula
Yang bukan selain sendiri
Yang kaku melakukan ubahan.

Masih lagi memandang
Rintik hujan
Yang degil itu juga
Dan
Tiada apa jua
Yang dilakukan.

Tasik Damai
Sg Besi
02 Disember 2013

Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis