Gambar Hiasan |
Letih,
Menganyak hidup ini.
Letih,
Mengharung hidup ini.
Letih
Merantai hidup ini.
Ketika masing-masing
Punya destinasi
Punya apa diingini
Aku masih di sini
Terlekat rapat
Pada sisi paling malap
Tak bertahuan
Kelana hidup ini
Apa tujuan sebenarnya.
Letih,
Menjalani hidup ini.
Letih,
Mencakupi hidup ini.
Letih,
Mendambakan hidup ini.
Masih adakah lagi
Makna dan nilainya
Liku-liku tak tertahan
Luka-luka tak terawat
Bisanya mengalir
Jauh ke pelusuk sukma.
Letih,
Hanya melakonkan watak
Yang dilakonkan
Di atas pentas dunia
Tanpa sebarang penjiwaan
Tanpa sebarang penghayatan.
Letih,
Menyesatkan hidup ini!
Kampung Melayu Subang
Shah Alam
18 Disember 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan