Gambar Hiasan |
Gagak itu
Yang disangka hitam
Yang disangka jelik
Disergah terbang
Diacuh menyerang!
Yang disangka hitam
Yang disangka jelik
Disergah terbang
Diacuh menyerang!
Memang datangnya
Membuat pasal
Teriak menakutkan
Memandang sahaja
Terbayang detik seram.
Membuat pasal
Teriak menakutkan
Memandang sahaja
Terbayang detik seram.
Itu yang diketahui
Luaran
Penerimaan dari macam ragam
Tak bertapisan
Hinggakan makhluk tuhan itu
Dikeronyok hak
Dibakulsampah peranan.
Luaran
Penerimaan dari macam ragam
Tak bertapisan
Hinggakan makhluk tuhan itu
Dikeronyok hak
Dibakulsampah peranan.
Apa?
Tiada tahukah
Siapa yang mengajar
Si penjahat pertama
Di awal kejadian sejarah kehidupan
Bagaimana mengurus
Bagaimana menyembunyikan?
Tiada tahukah
Siapa yang mengajar
Si penjahat pertama
Di awal kejadian sejarah kehidupan
Bagaimana mengurus
Bagaimana menyembunyikan?
Memang
Ilhamnya datang dari tuhan
Perintah-Nya juga diturutkan
Tetapi
Tiada terfikirkah
Mengapa dihantar
Si gagak hitam jua?
Ilhamnya datang dari tuhan
Perintah-Nya juga diturutkan
Tetapi
Tiada terfikirkah
Mengapa dihantar
Si gagak hitam jua?
Telah diketahui tuhan
Kelak nanti
Sesudah pandai manusia
Melawan kehendak
Menidak taat
Dikecam segala tindak
Kelak nanti
Sesudah pandai manusia
Melawan kehendak
Menidak taat
Dikecam segala tindak
Ditaruh segala manfaat
Demi menurut jejak-jejak
Si terlaknat tuhan!
Tak mengapalah
Kau si gagak hitam
Tetap memberi sumbang
Dari awal kejadian
Hingga ke akhir zaman
Seluruh keturunanmu
Tetap dikenang
Sebagai yang menunjuk ajaran
Yang membersih kotoran selepas pengajaran!
Kelak jika
Tiada diutus tuhan
Menyelamat buntunya
Si jahat pertama
Rasanya telah
Bertindan-tindan gelimpangan
Mayat tak tahu
Bagaimana untuk diuruskan!
Tasik Damai
Sg Besi
06 Disember 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan