Nuffnang

Penaja

Jumaat, 13 Disember 2013

Kita Yang Tertewas


Gambar Hiasan

Kita yang tertewas
Bukan mereka
Kerana gopoh dan gelojoh
Bukan kerana bodoh
Berderap jatuh
Gagal membelah samudera utuh
Yang mengandung harapan
Yang terkandung impian.

Kita yang tertewas
Tersalah aturan
Tersilap acuan
Menggerak takdir
Mengelak hadir
Ke perbatasan perjuangan.

Dari sebelum
Aturan pertama
Kita terlalu tamak
Ingin terus terbang tinggi
Hingga terlupa
- Mana landasan?
Landai untuk menghempas
- Mana bekalan
Cangkir untuk mengalas
Dan apabila
Patah sayap
- Tak tersangka
Kita saling
Menggelupur pedih
Lemas dalam
Badai dugaan.

Kita yang tertewas
Salah aturan
Silap langkahan
Untuk maju setapak
Hingga ke puncak
Adakah akan terus
Berbaring lesu
Bertangis sendu?

Dalam salah aturan
Dalam silap langkahan
Adakah untuk terus
Tewas?

Tasik Damai
Sg Besi
13 Disember 2013


Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis