Bergerak tubuh yang
Bebas
(Atas ihsan tali
Yang mengikat sendi)
Ke mana pergi?
Ke sana atau ke mari?
Tak perlu lagi
Diam sahaja
Dalam kotak mimpi ini
Kelak mati
Tak gusar lagi
(Walau telah lama kau mati).
Semoga ada nanti
Waris yang hakiki
Merengkuh jiwa abdi
Yang diikat tali ini
(Atau terus mandul
Dari mandiri..)
Kampung Melayu Subang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan