"Tinggalkan aku satu peluru
Sekarang!"
Kataku
"Apa kau gila?
Ingat cukup satu peluru?
Aku tinggalkan semua peluru yang ada!"
Jawabnya. 
Mungkin kedengaran
Gila
Tapi dunia yang
Kau kenal kini
Bukan dunia yang kau
Kenal sebelumnya.
Bukan aku sahaja yang gila
Kau pun sama,
Dia pun sama,
Kami pun sama, 
Semuanya pun sama.
Gila!
Ya,
Semakin halus
Merayap ke telinga
Hasutan 
Kedengaran perkataan
Meresap sebati
Ke dalam jiwa
Telah sampainya zaman
Suami tinggalkan isterinya 
Ibu tinggalkan anaknya 
Anak tinggalkan hidupnya
Manusia tinggalkan kemaluannya 
Yang kekal ada
Bukan yang terkuat tak terkira
Hanya si gila
Yang menebal bebalnya
Hasutan gilanya.
Tinggalkan satu peluru?
Tidak,
Tinggalkan semua peluru yang ada
Bukan untuk dibenam
Ke tubuh sesiapa
Kelak senang
Kau meragut
Nyawa
Dengan muncung senapang
Di bawah kepala 
Bukan sedas
Perlu kau lepaskan,
Untuk lari 
Dari sini
Kau perlu terus
Berhempas ulang
Berdas-das perlu
Kau lepaskan
Itu perlunya
Tinggalkan semua peluru yang ada
Hanya untuk diri kau sahaja.
Tak bersedia?
Tak mengapa
Nanti kau tahu
Apa langkah yang seterusnya.
Kampung Melayu Subang
02 Ogos 2013 
 

