Nuffnang

Penaja

Khamis, 1 Ogos 2013

Tak Mengapa, Dia Mengerti


Tak mengapa,
Dia mengerti
Hidup yang disulam
Dari sudut sisi
Bercengkerang
Tangan ghaib
Memelihara
Bukan atas
Kekuasaan
Tapi
Atas perimanusiaan.

Tak mengapa,
Dia mengerti
Telunjuk yang patah
Bersambung tidak
Dengan ibunya
Bercantuman
Lagaknya cuma
Bayang
Menyimpul dusta.

Tak mengapa,
Dia mengerti
Hujung perjalanan
Tiba waktu
Dinokhtahkan
Bukan dimahkotakan
Teriak
Sehabis mampu
Kerna itulah
Yang kau tuju
Semoga kau
Terus kaku.

Kampung Melayu Subang
01 Ogos 2013


Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis