Nuffnang

Penaja

Isnin, 21 Oktober 2013

Aku Masih Di Sini


Aku masih di sini
Tiada ke
Kanan mahupun kiri
Tetap teguh
Menanti
Walau digerak
Simpuhnya
Diselit simpul mati.

Aku masih di sini
Tiada ke
Sana mahupun sini
Hanya menanti
Tatkala
Yang ditinggalkan
Jauh meninggal
Berlari.

Aku masih di sini
Utuhnya mengikut tradisi
Tiada ingin diolah
Walau cukup disakiti
Melihat
Runtuhnya
Tiap-tiap
Yang diimpi.

Tak perlu
Ditangisi
Mahupun
Dikasihani
Sekadar janji
Yang mesti dipenuhi
Ke riba penuh isi
Dengan harapan
Terlerainya
Apa yang termateri.

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
21 Oktober 2013

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis