Nuffnang

Penaja

Sabtu, 12 Oktober 2013

Ketakutan VS Keberanian. Yang Mana Satu Memberi Nafas Dalam Kehidupan.



Assalamualaikum w.b.t

 Setiap antara kita punya rahsia tersimpul mati keduanya. Payah dibongkar apatah lagi ingin diselongkar. Takut. Setiap yang mempunyai akal yang sempurna mempunyai ketakutan kepada sesuatu. Menjarakkan diri dari dunia realiti bukan satu-satunya jalan penyelesaian yang terbaik dapat kita lakukan.

 Telah bermadah pujangga, bahawa ketakutan itulah yang melahirkan kekuatan, tanpanya kemanusian itu sifar sifatnya dalam memenuhi makna manusia itu sendiri. Adakah kita masih malu dalam tercari-cari apa penyelesaiannya dalam menghadapi ketakutan yang sentiasa membantuti perkembangan pemikiran? Kita ingin sentiasa segar dan logika tanpa sebarang gangguan dari segi ketakutan kepada sesuatu.


 Secara lahiriah sendiri, manusia tidak dapat lari dalam mendepangi kehidupan tanpa seinci pun ketakutan. Mungkin pada diri sendiri, sekitar, mahupun yang bersangkutan dengan kehidupan seharian. Secara batinnya pula kita punya ketakutan yang tidak dapat diterjemahkan secara ilmiah walaupun secara terangan ianya sentiasa wujud di kalangan kita.

 Hadapilah kenyataan kehidupan kita ini. Tanpa ketakutan kepada yang negatif atau yang positif, yang terang atau yang samar, kita masih perlukan ketakutan itu sendiri untuk utuh berdiri hingga ke hari ini. Silapnya, kita seringkali terperangkap dalam soal perasaan. Sedangkan untuk terus mandiri, kita perlu ada kekuatan mendepani segala kemungkinan. Bukan dibentengi perasaan longlai semata-mata.


 Jangan ditakutkan dengan ketakutan. Kerana, tanpa ketakutan kita tidak akan mengetahui nilai keberanian. Dan tanpa keberanian menguasai ketakutan, tiadalah nilai pada kata-kata kejayaan dalam kehidupan kita. Hadapilah dengan tenang dan bukannya dengan tegang.

Sekian,
Wassalam.


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis