Nuffnang

Penaja

Khamis, 10 Oktober 2013

Bila Kalah Nanti


Kalah sebelum
Mula bicara
Bidak yang
Diatur
Tersungkur
Mudah amat
Dibaca segala
Gerak langkah
Tersembam
Parahnya
Berbisa
Lumpuhnya
Menyeluruh.

Mana satukah
Langkah yang sumbang?
Mana satukah
Bidak yang merosak?
Mana satukah
Bicara tong tak beradat?
Mencari biarlah
Dikenali diri
Usah gusar
Jika hanya
Kau sememang
Langkah seorang
Tak membawa teman
Tanpa pancaragam.

Kerna
Bila nanti
Dimusykili
Mana satu
Penyebab
Mulanya inflasi
Tak perlu
Digusari
Silap pencak
Tari
Mulanya dari
Diri sendiri
Tak mungkin
Silap
Walau seinci
Tekaan kami
Apabila kau
Kalah nanti.

Kampung Kerinci
Bangsar
10 Oktober 2013

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis