Nuffnang

Penaja

Ahad, 6 Oktober 2013

Usah Ditunjuk Murka


Kami cuma kaum biasa
Tak setanding kau
Yang berdarah raja
Usahlah ditunjukkan
Murka
Kerana yang tertulis jua
Cumalah kosong semata
Tiada ertinya
Sekiranya ingin memijak
Biarlah tinggi rendahnya sama
Mengapa meruncing pada
Yang melukut semata?
Tak berbekas
Tak tergugat rasa
Kerana
Dunia umpama roda
Sebentar diatas duduknya
Kembali tersembam
Ke bawah
Pabila sampai ketika
Dan
Kami menunggu
Untuk sampai
Masanya
Untuk melumatkan
Segala
Yang kau sumbatkan
Tika ada kuasa
Kita lihat
Sampai bila
Kau menyekat
Mempertahan takhta!

Putrajaya
05 Oktober 2013

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis