Nuffnang

Penaja

Jumaat, 18 Oktober 2013

Jemu


Hidup kita ini
Sentiasa
Jemu
Tentang masa
Yang berjalan
Tentang masa
Yang melintas.

Jemu
Sedari teriak
Yang pertama
Muncul ke dunia
Keluh kesah
Yang menambah
Penat letih
Yang tak berkurang
Hingga
Menuju saat-saat
Yang tak bisa
Dikendaki laku
Dilauinya
Separuh jiwa.

Jemu,
Tiada untuk dituju
Tiada untuk dipenuh
Tiada untuk ditempuh.

Jemu,
Melihat sahaja
Penuh akrab
Bahagia sandiwara
Keamanan sementara.
Tak beradab
Untuk dikata
Tak berkemahu
Untuk diaku
Yang aku
Jemu
Walau
Yang sebenarnya
Aku sedang
Cemburu.

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
18 Oktober 2013



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis