Nuffnang

Penaja

Rabu, 23 Oktober 2013

Perancang Mimpi


Aku ini
Perancang mimpi
Walau
Angan sendiri
Tak sempat
Dinikmati
Aku tetap
Mahu
Tegaskan di sini
Yang aku
Boleh
Merealisasi mimpi.

Di kanan
Di kiri
Jangan takut
Jangan digusari
Ini kisah
Si memenuhi
Mencari
Erti
Mimpi yang tak pasti
Bukan sekadar
Menabur janji
Kerana
Ramai yang
Tahu
Apa erti
Sebenar janji.

Kelak
Tiba masa
Untuk segala
Mimpi
Menjadi realiti
Aku tidak
Ke mari
Bermakna
Aku telah cabut lari
Dengan mimpi
Berupa janji
Tak pernah
Aku ingini
Merealisasi!

Kampung Melayu Subang
Shah Alam
23 Oktober 2013

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis