Nuffnang

Penaja

Khamis, 24 Oktober 2013

Apabila Kata Mesra Dilayurkan Separuh Jiwa


Assalamualaikum w.b.t

 Sedarkah kita, apabila melayari kehidupan berumahtangga semakin lama semakin hilang kemesraan sewaktu mula-mula mengenali pasangan suatu ketika dahulu. Mengapa?

 Si suami dengan tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga. Si isteri pula yang mana berkerjaya sama sahaja seperti si suami. Apabila bertentang wajah di rumah pula, letih mencari nafkah terkadang menghalang untuk bermesra. Tambahan anak-anak yang semakin membesar dengan pelbagai ragam dan karenah.

Youtube.com : Gurindam Jiwa

 Apabila perhubungan yang hambar dan sempitan dalam mengecapi keselesaan di atas dunia yang pantas berubah, membuahkan bibit-bibit keretakan rumah tangga. Yang akhirnya dikendong berciciran, dikejar lepas.

 Bersabarlah. Renunglah seketika liku-liku kehidupan yang dilalui selama ini. Berbaloikah dengan segala pengorbanan yang telah dilakukan yang akhirnya mahligai bahagia yang dibina habis musnah.


 Hangatkan kembali perhubungan yang telah lama dingin. Mulakanlah panggilan manja, dan kata-kata mesra sewaktu mula-mula bercinta suatu ketika dahulu. Nescaya, ruang kosong dalam hati selama ini pasti terisi kembali.

Sekian,
Wassalam.


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis