Nuffnang

Penaja

Jumaat, 4 Oktober 2013

Tak Pulang Ke Kampung Mertuaku, Sombongkah Aku?




Assalamualaikum w.b.t
" Nak dulang tak dulang
Adu dulang mintak lomang;
Nak pulang tak pulang
Dah pulang tocongang-congang"

 Setelah hampir setahun berkahwin bersama isteri tersayang, aku masih belum berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman ibu dan ayah mertuaku. Ramai yang tertanya-tanya adakah aku sombong untuk berjumpa saudara mara sebelah isteriku. Sabar.

 Kampung halaman mertuaku amatlah aku ingini pergi. Antara destinasi yang belum berkesempatan aku jejaki. Manakan tidak, aku berkahwin dengan seorang yang berketurunan Minangkabau (Isteriku dilahirkan di Malaysia dan Warganegara). Lebih senang aku bicarakan adalah di Bukit Tinggi, Indonesia. Bukan Minangkabau dari Negeri Sembilan. Ibu dan bapa mertuaku telah bermastautin di Malaysia sejak tahun 1983. Dan agak jarang juga berkesempatan pulang ke kampung.

 Terkadang hati ini meronta untuk menjejakkan kaki ke sana. Menghirup udara yang diceritakan kedua mertuaku cukup dingin sekali. Melihat pemandangan yang diceritakan sama sekali berbeza dari Malaysia. Entahkan bila akan ada kesempatan untuk aku menyelusuri kisah, adat, dan bahasa yang sama sekali berlainan dari loghat Minangkabau di Negeri Sembilan apatah lagi berbeza dari resmi lidahku sendiri.
 Adakah anda juga punya kampung halaman yang jauh di mata tetapi belum berkesempatan untuk pulang?
Sekian,
Wassalam.






Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis