Nuffnang

Penaja

Jumaat, 2 Ogos 2013

Alih Suara


Alihkan suara itu
Ke bahasa ibumu
Agar mudah difaham
Bukan sekadar dirimu
Ke segenap
Sedarah dengan mu
Moga sejelas mana
Dia bersuara
Kelak lantang juga
Setelah
Dialih suara.

Jangan sekadar
Menyalak
Di hujung lidah
Tak berani bergema
Ke semua arah.

Jangan nanti
Ingin dibantu
Dialih suara
Kecut membatu
Di bawah tangga.

Kampung Melayu Subang
02 Ogos 2013


Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis