Nuffnang

Penaja

Isnin, 12 Ogos 2013

Hati Siapa?


Hati siapa yang tak
Terusik
Dek kerna pulut
Yang membinasa
Dek kerna mulut
Aku runtuh sama.

Hati siapa yang tak
Tersentuh
Dek kerna tebu
Yang terpinggir
Dek kerna janji
Aku campak sama.

Lantas,
Kau mungkiri
Kononnya kau
Akhiri
Sedang ramai
Yang kau taburi
Hingga kabur
Menongkah ke
Kubur.

Janji yang pasti
Walau senantiasa
Tak menyebelahi
Angkara hitam
Yang cuba dijernih
Aku masih lagi
Di sini.

Hati siapa lagi
Hanyut dalam esak
Hilai tawa tak bermaruah
Terjerat
Umpan bangkai
Yang masing
Cuba disaingi?

Senang amat
Musnah dari membina.

Akhirnya
Kau lari jua.

Kampung Melayu Subang
12 Ogos 2013 


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis