Nuffnang

Penaja

Ahad, 4 Ogos 2013

Andai


Andai kau terjun
Aku akan ikut sama
Andai kau lari
Aku akan turut sama
Andai kau mati
Aku akan berdiri
Di sebelah kuburmu sahaja.

Memang
Telah kita bersumpah setia
Sebagai teman
Membantu menggalas
Tiap berat di bahu
Membantu membimbit
Tiap ringan di tangan
Tapi,
Sekadar itu
Walau sama melintas
Kita berlain haluan.

Andai kita
Bertembung di titik
Penolakan
Buang kan sahaja
Segala perasaan
Andai kita
Gagal dalam perlawanan
Diteruskan saja
Dalam perjalanan
Sekiranya andai
Terhenti perjalanan
Duduk diam tak perlu
Bersalahan.

Andai,
Sahabat sekarang
Musuh di depanan,
Musuh sekarang
Sahabat terkemudian
Sekiranya andai
Tak menjamin
Kepelbagaian
Rahsia
Yang menjadi pedoman.

Kampung Melayu Subang
04 Ogos 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis