Nuffnang

Penaja

Jumaat, 16 Ogos 2013

Kita Bayar Setimpalnya?!

Ketika sedang
Si laknat
Merenggut nyawa saudaramu
Mengapa kita
Mendiam kaku?

Ketika sedang
Si laknat
Mengguling kuasa saudaramu
Mengapa kita
Membuta bisu?

Ketika sedang
Si laknat
Meratah daging saudaramu
Mengapa kita
Melantak sendu?

Kita ini
Manusia apa?
Mengapa sentiasa merela
Dibodohkan
Rela ditolak ke
Curangan
Menyamai
Binatang tak berakal?

Kau dibohong,
Kau percaya!
Kau dibodoh,
Kau duduk bersahaja!
Sedang kini
Melingkar telah
Perpaduan
Menerus telah
Gelombang
Semua ini
Telah dibayar
Dengan darah saudaramu
Di sana
Mengapa masih kita tidak
Bergerak
Menyelinap
Membantai
Agar yang mengalir darahnya
Kita bayar setimpalnya?!

Kampung Melayu Subang
16 Ogos 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis