Dulu,
Ketika kau gila talak
Habis semua kau salak
Siang malam bertekak
Ditegur kau pekak
Konon bermain congkak
Sedangkan sibuk kau mencongak!
Dulu,
Ketika kau menuntut talak
Habis semua kau kahak
Langsung tak tinggal sejenak
Berkumur kau tak nak
Konon melekat secekak
Sedangkan sibuk kau menegak!
Kini,
Ketika kau bergantung talak
Habis bagaikan belacak
Langsung senyap di balik semak
Ditanya kau menggila mencanak
Konon membekal anak tekak
Sedangkan sibuk kau dicelapak!
Dulu lagi dah diingat,
Jangan mandi berhangat
Berbalas sudah ke telapak tangan
Apa lagi yang kau tunggukan?
Menelanlah kahak yang kau ludahkan!
Kampung Sungai Sekamat
Kajang
03 Julai 2013