Nuffnang

Penaja

Isnin, 19 Ogos 2013

Memenggal Kudeta


Sedang kecewa
Mendakap mesra
Tangis kian hiba
Kerongkong sarat nyawa
Di sana terburai rahsia.

Khabarkan kepada dunia!

Setelah takdir
Menjengah
Tak sebelah sesiapa
Hanya menanti tangan sesiapa
Menggerak sedaya upaya
Menggongcang
Agar tumbang
Menumbuh semula!

Apa yang dilihat sahaja?!

Dunia yang menikus
Dibuli oleh
Konon polis dunia
Semakin bacul terkehadapan
Yang benar dilapor salah
Yang salah ditunjuk benar
Sarat dunia dengan penipuan.

Apa yang didiam sahaja?!

Telah sampai masanya
Untuk memenggal kudeta
Yang semakin parah
Demi maruah
Demi nilai manusia.
 
Adakah anda akan turut serta?

Kalau anda bergelar manusia!

Kampung Melayu Subang
19 Ogos 2013


Catat Ulasan

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis