Nuffnang

Penaja

Jumaat, 23 Ogos 2013

Diam



Diam itu baik
Kiranya itu
Datang
Mencari musuh.

Diam itu baik
Kiranya itu
Menghalau
Sejauh sengketa.

Diam itu baik
Kiranya itu
Menutup
Seburuk aib.

Diam itu baik
Kiranya itu
Yang kau rasa
Adalah terbaik.

Tetapi,

Itu kalau
Mendatangnya baik
Menghalaunya pun baik.

Jika
Terbusung sudah
Maruah
Dikotak katik
Dipersendakan
Sejauh akal
Yang baik
Persetankan
Segala yang baik!

Maruah mu
Membawa erti
Maruah ku
Terjentik
Sedikit
Membuak darah
Selautan
Berpanas sengketa
Tak keruan
Timur dan barat
Walau tak sehaluan
Robohkan sahaja
Segala aduan.

Ini soal maruah
Bukan sendiri
Yang dipertahankan
Biarlah serombolan
Masih mempertahan
Untuk mendiam
Jadi ikutan
Sebabnya kita faham
Mereka semua
Hilang sudah
Kemaluan
Bagaimana mungkin
Ingin berlawan
Sesudah hilang
Segala kemahuan?!

Kampung Melayu Subang
23 Ogos 2013



Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis