Nuffnang

Penaja

Jumaat, 23 Ogos 2013

Konspirasi Atau Korupsi?


Sedari awal
Telah diberitakan
Telah merisik
Pelbagai laluan
Hingga ke ceruk pedalaman
Menghantu setiap
Pokok soal
Agar jangan
Jatuh gugur
Daun rahsia
Kerna
Jika ada jembalang
Yang mengutip
Di sepanjang denai
Terbaringlah siat-siat khayal
Menjalang hingga
Ke katil
Peraduan!

Telah lama diberitakan
Yang tegak bangunnya
Sentiasa
Dikaburkan
Tangan-tangan gatal
Yang berkelubung
Asyik merenyam
Memasti
Agar tiada
Yang terlepas
Ke pengetahuan.

Dan hari ini,
Telah sampai
Ke teluk jajahan
Yang tiada
Telah diadakan
Yang ada
Telah ditiadakan
Sorak laku
Ahli magis
Hebat sepanjang
Zaman.

Bagai telah
Dirancang
Apa yang direncanakan
Berbolak balik
Kebodohan
Makin lompang tertanggal
Tak dihiraukan
Dibiarkan
Mati madul
Tak berpundakkan.

Mungkin inilah
Yang dinamakan
Konspirasi
Di sebaliknya
Mungkin ada
Korupsi
Atau
Berpusing sama
Sahaja
Jantan betinanya
Tak berkepala.

Yang tinggal,
Mereka yang dilekakan
Tentang
Konspirasi
Tentang
Korupsi
Yang telah mati
Tak mampu diadili
Yang masih berdiri
Hanya mampu
Menggigit jari
Menanti
Agar kegilaan ini
Diberhenti
Telah lama
Ia diheret
Mengikut rentak tari
Si bapak menteri!

Kampung Melayu Subang
23 Ogos 2013


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis