Nuffnang

Penaja

Rabu, 14 Ogos 2013

Kisah Semalam


Ini bukan kisah
Asmara
(Kalau itu yang kau fikirkan)
Ini bukan kisah
Cinta
(Kalau itu yang kau rasakan)
Ini kisah pengalaman
(Seperti yang kau diberitakan)
Kisah yang tiada
Seorang pun
Mengambil ikhtibar
Konon tiada mendatang
Walau secebis
Mara bahaya
Sedang telah sakit
Membarah busungnya
Melarat entah sampai bila.

Jika masih ada yang buta,
Jika masih ada yang pekak,
Dilalai kebodohan lama
Jangan dibiar beranak pinak
Kerana sudah
Berkurun bodohnya terpampang
Cukup sudah dipertontonkan
Malunya bukan milik siapa
Kita juga mewarisnya.

Dari permulaan kisah
Penentu segala
Pengakhiran
Tentu sahaja
Berliku jalannya
Namun
Kisah semalam
Kenapa tidak dikalam
Untuk terus menerang
Jika itu pun
Payah dilakukan
Memang sah
Kisah menjunam
Kelak diwartakan.

Payah amat menggerak
Payah amat menggertak
Walau sedikit tidak bergerak
Namun kesannya sentiasa memuncak.

Ini secebis
Dari kisah semalam
Yang sengaja
Dinukilkan
Kelak nanti
Aku wariskan
Untuk cucu cicit
Menjadi pedoman
Agar diketahui
Moyangnya bukan sebarangan
Jeritnya bukan kekosongan
Langkahnya bukan kesombongan.

Kampung Melayu Subang
14 Ogos 2013

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis