Nuffnang

Penaja

Isnin, 19 Ogos 2013

Kisah Yang Telah Lama Dikalam


Telah termaktub
Suatu cerita
Kisah abadi
Cukup rahsia
Yang telah tersurat
Berkalam lamanya 
Kemas tersimpan
Menanti masa
Untuk dirungkai.
Kisah ini
Untuk manusia sezaman
Tak kira siapa
Si tinggi atau si rendah
Si cerah atau si gelap
Kelak
Berjurai air mata
Ketakutan
Minta untuk
Diselamatkan.

Terkurung lamanya
Sedari purba
Mengikis tembok
Yang lama menghalang
Untuk terus
Membalas terjah
 Menjahanam
Dari bumi di sudut mula
Hingga bumi ke sudut penghujungnya
Rakus impian
Untuk melampias
Dahaga temboloknya
Membasah dengan darah
Membasah dengan air mata.
Dan kini
Telah keluar ia
Terlepas dari dalam kurungan
Keluar dari perut bumi
Mencari
Tujuan sebenarnya
Mengekor mata
Mengecam mana
Susuk ingin dimulakan
Dan sekali lagi
Bumi ini
Akan menyaksi
Laut darah yang membuas
Cuma tak sehebat
Seperti yang telah dikalam
Kerana
Yang terlepas kini
Hanya anaknya
Yang lain ibu
Yang lain bapa.
Kita sedang menantikan
Waris yang dijanjikan
Datang mengamankan
Bumi yang dijanjikan
Yang memulakan
Untuk membukakan
 Tanah tandus itu
Kembali kepada yang asal!
Bertahanlah!
Si celaka itu yang baru bebas
Biarkan dahulu mengganas
Janji dari Yang Mengawas
 Pasti pantas
Tempatnya teratas!

Kita adalah waris di akhir zaman
Kisah yang telah lama dikalam
Menanti masa
 Untuk kita
Mainkan watak di dalam!

Kampung Melayu Subang
19 Ogos 2013

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis