Nuffnang

Penaja

Ahad, 25 Ogos 2013

Dahulu Dan Kini


Dahulu,
Bertahun yang sudah
Aku lihat ia
Dengan rasa dendam
Sekarang
Bertahun yang berlalu
Aku lihat ia
Dengan rasa syukur

Lepaskan saja perasaan ini
Walau manisnya
Yang dijanji
Walau pahitnya
Yang dirai
Yang telah berlalu
Menjadi sejarah
Pengikat memori
Membangkit ilusi.

Tika ramai
Yang masih ingin
Tak mahu mengganti memori
Tanggalkan sahaja ia
Untuk melangkah
Terus ke hadapan
Kerna
Selagi masih
Berselaput kepompong
Sesal dan dendam
Tiada apa yang
Dapat untuk digenggam.

Biarkan ia berlalu
Lepaskan
Untuk membentuk
Hari-hari yang berliku
Dengan
Hari-hari yang baru.

Kampung Melayu Subang
25 Ogos 2013




Tiada ulasan:

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AddThis